Soalan Lazim

  1. Daftar akaun atau log masuk.
  2. Klik pada pakej yang anda mahu.
  3. Buat pembayaran.
  4. Muat naik imej atau video anda.
  5. Taip kapsyen (Jangan lupa sertakan hashtag anda!)
  6. Pilih tarikh yang anda inginkan (untuk PAKEJ B & C sahaja. NOTA: Tarikh yang dipilih akan disahkan sekali lagi oleh pihak kami.)
  7. Klik pada SERAH PERMINTAAN TEMPAHAN.

 

Anda akan menerima e-mel automatik untuk mengesahkan pembayaran yang telah dibuat. Seterusnya, anda perlu buat “booking” dan hantar selepas pembayaran. Selepas “booking” disemak dan diluluskan, satu lagi e-mel akan dihantar bagi tujuan pengesahan. Pihak kami akan menghubungi anda jika terdapat sebarang isu.

Anda hanya boleh memuat naik imej atau video milik anda sahaja. Jika tidak, anda harus mendapatkan kebenaran daripada pemilik imej atau video untuk kami menggunakannya di dalam platform kami. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda juga perlu bersetuju untuk bertanggungjawab sekiranya sebarang isu tuntutan ‘hak cipta’ berlaku.

Caption anda tidak akan ditukar, sebaliknya ia mungkin akan diubah selari dengan gaya komuniti kami. Sesetengah ‘content’ juga mungkin ditolak jika ia melanggar mana-mana peraturan yang dikenakan oleh Pembekal Perkhidmatan atau jika ia melanggar undang-undang yang ada. Kami akan menghubungi anda dalam situasi ini untuk meminta anda mengubah, menggantikan atau menarik balik ‘content’ itu.

Buat masa ini, anda akan dapat satu “wallpost” PERCUMA setiap tiga bulan. Lawati laman sesawang kami dengan kerap untuk maklumat lanjut tentang promosi pakej yang baharu.

Kedua-dua post anda mestilah untuk kegunaan komuniti yang sama.  Sekiranya anda ingin menggunakan komuniti lain, anda perlu dapatkan pakej berasingan.

Untuk PAKEJ A, kami akan cuba menyiarkan ‘content’ anda dalam masa 10 hari bekerja dengan konsep “siapa cepat dia dapat”. Pemilihan tarikh tidak dibenarkan dengan Pakej ini.  Untuk PAKEJ B dan PAKEJ C, anda boleh memilih dan menempah tarikh pos pilihan anda. Sekiranya terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan ‘content’ anda gagal disiarkan pada tarikh tersebut, ia akan digantikan dengan tarikh yang terdekat.

Ya, boleh! Hanya ulangi proses yang sama. Jika anda mahu untuk membeli lebih daripada dua, sila hubungi kami untuk pakej yang lebih menarik.

Ya, kami akan memulangkan wang anda jika ‘content’ anda ditolak dan anda tidak mahu menukarnya kepada yang lain. Untuk Pakej B, jika ‘wallpost’ pertama anda telah berjaya dipos, tiada bayaran balik akan diberikan. Anda perlu gantikan dengan yang baru jika ‘wallpost’ kedua ditolak.